Panduan Pembeli
Cara beli kereta terpakai Malaysia dengan selamat
Beli kereta terpakai boleh jimat puluhan ribu ringgit — tapi risiko tersembunyi boleh membuatkan anda rugi lebih banyak. Ikut panduan ini untuk lindungi diri anda.
Semak saman kenderaan
Sebelum buat apa-apa, minta nombor plat kereta dari penjual dan semak status saman. Kalau ada saman, penjual perlu selesaikan sebelum tukar milik — atau tolak dari harga.
Cara semak:
• Saman PDRM: mybayar.rmp.gov.my (perlukan log masuk)
• Saman JPJ: public.jpj.gov.my (perlukan log masuk)
• Minta penjual semak dan tunjukkan bukti
Semak geran dan hak milik
Pastikan nama dalam geran adalah nama penjual. Kalau nama lain, tanya kenapa — mungkin ada isu pindah milik yang belum selesai.
- ✓Minta tengok geran asal (bukan salinan)
- ✓Nama dalam geran kena sama dengan IC penjual
- ✓Semak nombor enjin dan nombor casis sama dengan geran
- ✓Pastikan tiada catatan "cagaran bank" dalam geran
Semak pinjaman bank aktif
Kalau penjual masih ada pinjaman aktif untuk kereta ini, proses tukar milik akan lebih rumit dan lambat. Pastikan isu ini selesai sebelum bayar apa-apa.
Amaran penting
Jangan bayar deposit kalau penjual tidak boleh tunjukkan surat penyelesaian pinjaman atau surat kelulusan bank untuk jual.
Semak kondisi fizikal dan sejarah kemalangan
Kereta yang pernah terlibat kemalangan serius mungkin ada kerosakan tersembunyi. Bawa ke bengkel untuk pemeriksaan sebelum commit.
- ✓Semak cat — warna tak sekata tanda tampalan
- ✓Buka bonet — cari tanda karat atau kimpalan baharu
- ✓Test drive — dengar bunyi pelik dari enjin atau gear
- ✓Bawa ke bengkel untuk inspection profesional
- ✓Tanya rekod servis atau buku servis
Semak harga pasaran
Sebelum setuju harga, semak berapa kereta model sama dijual di Mudah, Carlist, dan MyTukar. Kalau harga penjual jauh lebih tinggi, ada ruang untuk berunding.
• mudah.my — listing paling banyak
• carlist.my — harga dealer dan individu
• mytukar.com — harga guaranteed buyback
Bayar deposit dengan betul
Deposit bukan sekadar tanda serius — ia tanda anda sudah commit. Pastikan semua syarat ditulis dalam surat perjanjian sebelum bayar.
- !Bayar deposit hanya selepas SEMUA semakan selesai
- !Minta resit bertulis untuk setiap pembayaran
- !Tulis dalam perjanjian: syarat refund jika urusan gagal
- !Jangan bayar cash tanpa saksi
Dah jumpa kereta? Semak plat sekarang:
Panduan berkaitan
Checklist sebelum bayar deposit →Risiko beli kereta terpakai →Cara semak saman kereta →Cara semak geran kereta →Paqar adalah perkhidmatan pihak ketiga. Kami bukan ejen kereta atau peguam. Maklumat ini adalah panduan sahaja.